CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Thursday, April 8, 2010

menghayati rasa indah bersama Rasulullah SAW



sedikit pedoman......



Kelazatan iman ini boleh dirasa. Mendengar cerita manisnya gula, tidak akan sama dengan dapat mencicipi rasa gula itu sendiri. Namun begitu, ada masanya, dengan mendengar cerita mereka yang telah merasai lazatnya manisan, membuatkan kita seolah-olah turut merasai sama kelazatannya. Jika kita dapat bersama Saidina Bilal r.a, mungkin kita akan dapat mendengar bagaimana Bilal memerikan betapa manis dan lazatnya iman, sehingga semasa batu yang besar dihimpitkan ke dadanya, hati dan mulutnya masih tega menyatakan, “Ahad! Ahad!”.

Kita tidak dapat mengecapi kemanisan yang dirasai oleh Khansa’ r.ha ketika diberitahu kepadanya berita tentang kesyahidan keempat-empat puteranya, lalu berkata, “Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan aku ibu kepada empat orang syuhada”. Alam rasa adalah alam yang amat dalam. Kesannya melampaui alam nyata.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah ali-‘Imran: ayat 31)

Imam Ibnu Kathir memberikan komentarnya mengenai ayat ini,

“Yakni, akan terhasil bagi kamu melebihi apa yang kamu harapkan, iaitu daripada kasih kamu kepada Nya, kepada kasih-Nya kepada kamu; sedangkan ia (yakni kasih Allah kepada kamu) adalah lebih agung berbanding (perkara) yang pertama tadi (yakni kasih kamu kepada Allah).”

Sebagaimana kata sebahagian ulama lagi hukamak:

“Bukanlah perkara yang hebat kamu mengasihi, tetapi perkara yang hebat itu ialah kamu dikasihi”!

Maka untuk ittiba’ Rasulullah SAW, dengan penuh minat dan cinta, kita cuba semampu yang mungkin mengikuti ‘3P’ yang ada pada Rasulullah SAW: Paparan, Perjalanan dan Perasaan Rasulullah SAW.

Paparan

Paparan zahiriah yang ada pada Rasulullah SAW kita ikuti dengan penuh cinta. Merupakan fitrah manusia, apabila meminati seseorang, dia akan berusaha untuk meniru dan menyerupai orang yang diminati itu. Maka siapakah yang lebih layak untuk dicintai dan diminati oleh seorang muslim melebihi Baginda Rasulullah SAW? Allah SWT berfirman:

“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri baginda adalah ibu-ibu mereka.”(Surah al-Ahzab: ayat 6)

Maka, jika ada seorang muslim yang berserban, bukan kerana dia terpesona dengan budaya bangsa Arab, tetapi kerana minat dan cintanya kepada apa yang dipakai oleh Nabi Muhammad SAW yang berbangsa Arab. Jika seorang muslim itu berjanggut, bukan kerana dia rasa berjanggut itu akan menampakkan dia lebih macho atau hebat, tetapi kerana minat dan cintanya untuk memiripkan penampilannya sehampir mungkin dengan seseorang yang amat diminatinya, iaitu baginda SAW. Dan segala perasan minat dan cintanya ini, mempunyai manfaat dan nilai yang tinggi pada hari kita semua amat mengharapkan syafaat Rasulullah SAW!

Perjalanan

Perjalanan atau sirah Rasulullah SAW. Kita perlu jadikan pagi kita, seperti paginya Rasulullah SAW. Petang kita, seperti petangnya Rasulullah SAW. Siang kita seperti siangnya Rasulullah SAW. Malam kita seperti malamnya Rasulullah SAW. Setiap panduan, tuntunan, perintah dan arahan yang lahir daripada Baginda perlulah kita ikuti. Keimanan kita, ibadah, muamalat, musyarakat dan akhlak kita perlulah mengikuti seperti yang diteladani dan dikehendaki oleh Rasulullah SAW. Allah SWT mengingatkan:

”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah… ” (Surah al-Hasyr: ayat 7)

”Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” ( Surah al-Ahzab: ayat 21)

“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam: ayat 4)

Perasaan

Apa yang bergelora di dalam hati Rasulullah SAW juga perlu bergelora di dalam hati kita. Sebagaimana syafaqah (kasih sayang) Rasulullah SAW kepada umat Baginda tidak berbagai dalamnya, begitu jugalah hati kita juga mempunyai syafaqah itu terhadap saudara kita. Allah SWT menggambarkan:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. (Surah at-Taubah: ayat 128)

Syafaqah ini membuahkan kerisauan. Kerisauan yang amat suci, kerisauan untuk melihat setiap orang diselamatkan daripada tangkapan neraka Allah, dan dimasukan ke dalam syurga Allah lalu memperoleh kejayaan yang hakiki lagi kekal. Kerisauan Rasulullah SAW tentang perkara ini dipersaksikan oleh Allah SWT sendiri melalui firman-Nya:

“Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (al-Quran).” (Surah al-Kahfi: ayat 6)

“Boleh jadi kamu (Muhammad) akan membinasakan dirimu, kerana mereka tidak beriman.” (Surah asy-Syu’araa: ayat 3)

Begitu indah Allah SWT menggambarkan, betapa kasih sayang dan fikir-risau Rasulullah SAW terhadap umat baginda. Dan bersumber daripada fikir-risau inilah, lahirnya usaha dan pengorbanan. Rasullulah SAW dan para sahabat telah bangun dan melakukan perjuangan yang amat besar.

Perasaan syafaqah dan kerisauan yang sempurna inilah yang perlu wujud di dalam hati kita. Lalu mendorong kita untuk bangun atas usaha yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat, iaitu usaha dakwah ilallah, lantas melayakkan kita untuk menyandang gelar sebagai pengikut Rasulullah SAW, sebagaimana firman Allah:

”Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf: ayat 108)


Artikel merupakan karangan Mohd. Gunawan Che AB. Aziz. Ketua Pen. Pengarah Penyelidikan & Penyelarasan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Bicara Agama, Utusan Malaysia 16/3/09

Thursday, February 4, 2010

KEHILANGAN........

Smalam adalah hari terakhir buat arwah moyang ak.Jam 10, 4/2/2010,di hospital kota bharu,arwah meninggal kan dunia yang sementara ini. kehilangan ak dpt rase kn walaupun ak berada jauh ,tanpa sempat melihat untuk kali terakhir sebelum di kebumikan..kesedihan terserlah di wajah ku,tp ak menahan kesedihan itu dgn mendoakan kesejahteraan arwah dan mendoakan agar arwah tergolong dalam golongan yang diredhai Allah dan beriman pada-Nya...

petang smlm,pukul 3 ptg, ak menelefon umi untuk bertanya kan khabar mok yam,(pggln ak pada arwah).
ak telefon umi tp xberjawab,selang beberapa minit kemudian,pggln dari alang,adik ku membuat kn ak menjawab pggln itu.

ak bercakap dgn umi selepas ak bercakap dgn alang.
byk persoalan yang ak timbul kn pada umi,

ak : mok macam mane dah..??ok x.

umi: koma lagi,tenat dah tu. umi pun xsmpt nk pegi tgk lagi.esk la umi nk pegi tgk,ajak abah skali.

ak : ok la tu,ki pun igt nok gi tgk jgk mok. ki blk rabu tu,kalu smpt nk g tgk jgk.
umi: macam mane dok sne, asemen byk x..??
(pertanyaan byase umi pada ku)

ak : bole la,ade byok jgk asemen kne buat. tp semua tu siap doh, tp ade lagi hok baru bule.
adik kak ok x..??
(persoalan ak sebagai abg tuk adik2)

umi : adik,ade lagi mls die tu. dok maen luar rumah ptg2 lps klas. kakak ok la,tiap2 ari wt
keje skolah.

ak: adik ni,nok kno kute gamok nye. tggu la abe ki blk ckp kt adik tu deh,umi.
kakak rajen,bagos la. tp,ckp kt kakak tu,rajen etek tolong2 umi masak kt dapur tu,anok dara sorang tu je pun.

umi : kakak,mls bab2 tu. bya la,slagi umi bule buat,umi buat.

pengorbanan seorang ibu untuk ank2 nye. tp seingat ak, sewaktu ak seusia dgn kakak win, umi selalu memarahi ak dan abg untuk membantu nye. membasuh baju,menjemur kain, melipat baju, mencuci pinggan, menyapu rumah, tu semua slalu ak lakukan di kala masih lagi di bangku sekolah. dgn ajaran begitu, smpi sekarang ak selalu lakukan kerja2 itu.
dlm hati ku, kak win tggu la abe ki blk. mmg kne buli la jawab nya..

perbualan ak dgn umi tamat di situ,kerana ak ada klas pkl 4.

pukul 10.37, abg y berada di UM,kuala lumpur membuat pggln terus pada ku.
persoalan yang diajukan membuat kan ak berdebar2,

abg: abah ado telefon dok ko ki..??

ak: abah xdok tepon pun,,bakpo nyo tu..??ado gapo2 ko...(persoalan y dituju,soalan kembali ak berikan)

abg: mok xdok doh..satni baru xdok,abah telefon royat ko abe.

ak : Innalillah,,pastu,abe nok blk ko..??(kesedihan terdetik di lubuk hati ku,xsempat nk tgk)

abg: xsmpt doh nok blk,bas pun xdok doh maso ni. bas grok blako doh maso ni.xpola,abe tgk doh mok blk ari tu

ak: ki la hok xde tgk.sdey ki gni.(rifqi,, kuatkn smgt)

abg: xpola,nok blk pun xde doh tu.sabar jah la. telefon la abh tanyo.

ak: ok,abe dok wat gapo tu..??(persoalan byase ak pada nya)

abg: tgh nok make ni..bereh luh,salam

ak: salam

selesai perbualan ak dgn abg,trus ak telefon abah..bertanyakn perihal mok yam.
abah kate,xyah blk la.abah ade doh cni..terasa bergenang air mata.
beberapa kali telah ak terlepas pengebumian org2 tua yang rapat dgn ku,
ketika ak tngkatan3, arwah tok ayah(menantu arwah mok yam,ayah kpd abah) meninggal dunia ketika itu,niat ak tuk blk melihat buat kali terakhir di halang oleh abah. abah kate kan,yang tiada tu ttp tiada,..ki blaja je kt sne, ketika itu ak tgh menduduki peperiksaan percubaan PMR. Oh tidak,,ak xdpt menahan air mata mengalir selesai sahaja berckap dgn abah. kptsn abah menghalang ak adalah yang terbaek buat ak ketika itu. ak sedar,ak jauh.nk blk memakan mase y lame. xsmpt nk tgk walau pun blk. hanya kekuatan yang ada itu ak teruskan hidup,doa menjadi penawar buat ku.

Thursday, January 21, 2010

2 jam di pontian

tut,,tut,,tut,,
tut,,tut,,tut,,
tut,,tut,,tut,,
pnggln pertama x di angkat,
(try skali lagi la)

pggln kedua
ak: assalamualaikum su,,
sumi: wa`alaikumussalam..sory la xprase tepon bunyi..
ak: xpo,nok wat gano ke..hihi(ak gelak sdkt)
sumi: tggu jap deh,nok pggl pok yan.

ak plik..knape nk pggl ayah su plak,.ak nk ckp ngn sumi..

ak bertanya,,
ak: su,xknal ank sdaro doh ko..??huhu
sumi: la,ki ko ni..igt kan sape td..

ak ngn su gelak jer..su kate suare ak da jd laen sket..dah xcam ank sdare sndri..klaka la sumi ni..
telah lame ak x kontek su semenjak pertemuan di kg hari tu jer..
trase x patut la kan,ak kne tepon su..yela,dok satu tmpt,jhor darul takzim..tp xsmpt nk pegi jenguk su sekeluarga..
mlm tu,ak ckp nk pegi umah su..seperti byase,su xke mane2 pun..hanya tggl d pontian bersame ank dan suami tercinta..

niat nk pegi pkl2, tp terlajak sdkt mase tu..yela,bgn da lwt,pkl1.30 baru tersedar dari tido..tu pun disebabkan suare bob yang macam pembesar suare memecah gegendang telinga ku..bob dtg membawa makanan dari semerah..alhamdulillah,rezeki ari ni..time kasih bob..sayang bob..hii
nseb baek xjanji ngn su nk dtg kul bpe,,kalau tidak,kne la ckp nk dtg lwt sket..kire bole la pegi bile2 pun..

perjalanan keluar dari blk trus ak tanya pada sepul..
ak : jom pul,,
sepul: mane..??
ak : umah mok sdare ak la,,meh..
sepul: pokcik,,??

tnpa byk soal lagi,ak teruskan gerakan kaki ke blk pokcik..tgk pokcik masih lena dibuai mimpi..
ak kjt pokcik,,tp...

dgn rase kecewa,ak trus mandi..siap2
tnpa berkata2 dgn sesiape pun..
sepul lihat ak yang siap awl trus ckp,,

sepul: nok gi doh ko tu..??
ak: hola..(sdkt mrajuk kate2 ku)
sepul: tggu meta,,kito gi pkl3
ak: cpt la,,

tetiba pesanan ringkas dari umi mengegarkan handset ku..
"umi baru blk dari sekolah kg baru,letih skit ari ni..doa kn adik dan kakak bole sesuaikan diri di skolah baru..ki jage diri molek2 ye sne.."

ak trus tekan no6, speed dial itu ak tetap kan untuk umi..pggln di buat,,,,

umi angkt pggln ku,,
suara umi sdkt lemah,mungkin letih kot..

ak: cmne skolah baru,ok x..??
umi : ok..umi tgk pun ok la,,ckgu2 sume ngaja dlm klas..guru besar ctu strict sket,kalu ado ckgu xmasuk klas,meme kno slalu nah..
ak: klau gtu gk,,lego sket ki dgr..mtok2 adik smgt sket ngaji tmpt baru..oyak ko adik ngaji sunggoh sket..ok umi..

umi terus menceritakan perihal adik(adik bongsu ku,razin) pada ku..byk y umi ceritakan..ak hanya men iye kan je pe umi ckp..i`m suport u,my lovely mother..sdkit nsht ak pesan pada umi supaya sampaikan pada adik..
pertanyaan pada umi,mane abah..abah tertido keletihan menyelesaikan hal2 pertukaran sekolah td..cian abah,terpaksa meletihkan diri untuk anak ye y tersayang..itu la yang mampu seorang abah lakukan pada anak2 nye..supaya rajin dan bersmgt untuk belajar..
abah,tido elok2 ye..t bgun solat zuhor,pesan ak pada umi..
perbualan tamat di situ.

kembali ke dalam rumah..ak lihat,pok cik dan sepul telah siap untuk bersama2 ke rumah su..alhamdulillah,ade teman.
bob berikan kunci kereta nya untuk ak pinjam..thanks bob..

perjalanan di teruskan....
pokcik drive dulu menuju ke rumah sumi..
perjalanan y agak jauh jgk ak rasekan,,dgn gelagat sepul y agak melucukan, membuat kn suasana tidak terasa bosan..pok cik gelak je sepanjang perjalanan..

lebih kurang 45 mnt perjalanan, destinasi tiba. tp,,
ak : xke nk bwk tgn kosong jah g sne,,
pokcik : kito bli goreng pisang la.
sepul: ok jgk tu..

pencarian goreng pisang x di jumpa..ke mane semua penjual kt pontian ni,xde yang jual gorengpisang ke(kate ak lam hati)

ak : kte g cari kt psr la,,ne tau jupo gapo2 ko..
pokcik: ok

lame xdtg cni,smpi lupe y jln kt psr tu one way,skali wrong way la plak pok cik ni..
nseb xde kete laen y lalu..

jumpe kedai kt ctu,trun tgk ape y bole d beli..
ak cdg kn pada pokcik untuk m`beli tembikai,tp pokcik kate xbes lau xsjuk..
ngade betol pokcik ni..
sepul pun amik tembikai susu.same jer ngn ape ak nk td..

lps bli trus pergi umah su.
smpi jer tgk pintu berkunci,salam diberikan..lme je nk bersahut..
pintu terkuak,terpacul ayah su di depan pintu..ak masuk bersame2 sepul dan pok cik.
kelibat sumi xnmpk lagi,aesya apatah lagi..
pintu blk terbuka,su muncul dan salam ak berikan pada sumi..
aesya ak lihat lena diulit mimpi kanak2 di dalam buaian..
ak duduk,berbual2 kosong ngn sumi seketika.
su bgn untuk menghidang kan air untuk tetamu,ak bgn untuk membantu..

ketika rancak berbual, aesya merengek di dalam blk,sumi bingkas bgn dapatkan ank sulong nye itu.seketika kemudian,sumi muncul bersame anak nye tersayang.aesya da bgn,mase tuk ak mengacau die..
permulaan agak dingin,yela da baru bgn tido kn..mood xbrape nk elok lagi tu..
tp ak cuba tuk mengacau lagi.isk,,ssh jgk nk kacau bdk ni.

aesya,pggln ak pada sepupu ak itu..ak dukung aesya dan bawa die keluar rumah,keluar tuk cuba bermain2 dgn nye di luar..
akhir nya ak berjaya.


aesya da makin krus ni,xnk mkn ea..


kegembiraan ade di mana2....

selepas hampir 2 jam di pontian,kami bertiga bertolak balik. setelah sekian lame ak xsmpi di pontian,akhir nya smpi jua.
tanx tuk sahabat2 ku yang sanggup menemani ak pada hari itu,saifullah(sepul) dan hafizuddin(pokcik).

Wednesday, January 20, 2010

Peringatan buat teman.....

Taubat dan Istighfar:

Allah menciptakan manusia dan menjadikan di dalam nalurinya sukakan dunia, panjang angan-angan, suka menghimpun harta, bernafsu untuk mendekati wanita, mempunyai perasaan marah, perasaan ingin menunjukkan kekuatan dan membalas dendam. Allah menjadikan syaitan yang sentiasa menghiaskan kepadanya perkara keji dan mendorongnya ke arah maksiat. Allah juga menjadikan di dalam manusia nafsu yang menyuruh kepada kejahatan(al-ammarah bi al-su’), merasa seronok terhadap perkara haram, kemudian dibantu oleh syaitan, lalu natijahnya dia mengerjakan maksiat dan membuat dosa. Apakah yang dia akan lakukan supaya terselamat daripada balasan maksiat dan hukuman dosa tersebut?

Sesungguhnya Allah dengan rahmatNya telah membuka pintu taubat kepada hamba-hambaNya.

Pintu taubat sentiasa terbuka selagimana seseorang itu masih sihat dan kuat. Jika dia bertaubat dengan taubat yang benar, ia akan diterima. Pintu taubat tidak akan tertutup melainkan ketika saat hampir mati, ketika roh sudah sampai ke halkum dan saat dia melihat secara jelas apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W. ketika itu taubatnya tidak diterima lagi. Ini kerana taubat adalah kembali kepada Allah secara sukarela, sedangkan ketika itu dia dalam keadaan terpaksa. Oleh itu pengakuannya ketika itu sudah tidak berguna lagi. Rujuk An-Nisa’ ayat 17.

Syarat-syarat Taubat:

Syarat taubat yang pertama ialah berhenti daripada melakukan kejahatan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Kalau anda melalui satu jalan, tiba-tiba seorang lelaki membuka jendela rumahnya dan mencurahkan air kotor ke atas anda. Apabila anda mencelanya, dia memohon maaf tetapi dia masih lagi mencurahkan air ke atas anda, atau dia berhenti tetapi berjanji akan mengulanginya lagi esok hari. Adakah anda akan memaafkannya dengan sikap sedemikian?

Taubat juga mempunyai roh dan jasad. Rohnya ialah merasakan kejelekan maksiat, dan jasadnya pula ialah menahan diri daripada melakukannya. Bandingannya samalah seperti orang yang melalui satu jalan, tiba-tiba dia melihat papan tanda yang menunjukkan bahawa itu bukan jalan yang dikehendaki, dia akan merasa bahawa dia telah tersalah. Perasaan ini adalah tuntutan utama, kerana kalau tidak disebabkan dia mengetahui perkara tersebut adalah kesalahan, sudah tentu petunjuk kepada kebenaran tiada. Tetapi kalau dia hanya tahu semata-mata bahawa perkara itu salah dan tidak mengikut arah yang sebenar, malahan terus berjalan melalui jalan salah tersebut, maka pengetahuannya itu tak memberi apa-apa manfaat. Malah ia dosa yang lebih besar kerana orang yang sesat dalam keadaan tidak mengetahuinya masih boleh dimaafkan. Sebaliknya orang yang sudah tahu jalan yang betul tetapi dia melencong ke arah lain secara sengaja, tidak boleh dimaafkan lagi.

Syarat kedua ialah menjadikan berbuat kebaikan sebagai ganti kepada kejahatan dan pemulihan sebagai ganti kepada pemusnahan. Jadi, taubat akan berlaku dengan menukarkan kelakuan buruk kepada amal soleh. Firman Allah, “maka barangsiapa yang bertaubat selepas melakukan kezaliman(dosa) dan membuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah akan mengampuninya.

Di antara pembaikan ialah anda meninggalkan dosa dengan sebenar-benarnya dan berazam penuh tidak akan mengulanginya lagi. Jika anda telah menanamkan keazaman yang sebenar, kemudian anda dikuasai nafsu atau keadaan memaksa anda sehingga membuat dosa lagi, lalu anda bertaubat, taubat itu akan diterima meskipun kesalahan dan taubat berulang-ulang. Tetapi jika keazaman anda sudah bercampur-baur dengan keraguan daripada awal lagi dan anda berkata: kalau keinginanku memuncak, aku akan mengulanginya lagi, kemudian aku bertaubat. Maka taubat yang sedemikian tidak benar dan tidak diterima.

Mereka yang bertaubat pula, Allah akan mengampuni mereka dengan limpah kurniaNya. Ini adalah kepada sesiapa yang bertaubat selepas melakukan dosa. Adapaun orang yang bertaubat dan insaf kerana takutkan Allah sebelum dia menyempurnakan dosa yang sedang dia lakukan, lalu dia meninggalkannya walaupun dia begitu berkeinginan untuk melakukannya, maka dia mendapat pahala yang lebih besar. Contohnya ialah seperti orang yang ditipu syaitan yang mendorongnya untuk berzina, sehingga dia hampir-hampir melakukannya tanpa apa-apa halangan, tiba-tiba dia teringatkan Allah, lalu dia meninggalkannya sedangkan syahwatnya begitu memuncak sekali. Siapakah yang boleh berbuat sedemikian melainkan mereka yang Allah bantunya dengan kekuatan?

Tetapi janganlah seseorang mencubanya kerana ia diibaratkan seperti seseorang yang memakan kuman penyakit yang bahaya. Jika dia terselamat daripadanya, dia akan mendapat antibodi yang lebih kuat daripada orang yang belum terkena penyakit tersebut. Tetapi kemungkinan mendapat antibodi tersebut hanyalah 1 peratus, sedangkan kemungkinan menderita dengan penyakit tersebut pula ialah 99 peratus. Ini adalah penyakit jasad.

Praktikal:

Mengenai mengawal diri daripada melakukan dosa dan anda sukar mendapatkan penghalang daripada mengulangi dosa tersebut, maka pertama sekali anda hendaklah menjauhi dosa tersebut, menghilangkan sebab-sebabnya, menutup jalan ke arahnya dan memulau orang-orang yang ingin menyeru ke arahnya.

Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang mampu membimbing rakan-rakannya menongkah arus jahiliah yang deras dengan cara mereka bersama-sama mencipta arus Islam yang jelas. Rapatkanlah diri anda dengan mereka kerana nasihat dan teguran mereka amat anda perlukan untuk menjelaskan matlamat kehidupan.

Beritahuku siapa kawan kamu,

Nescaya aku beritahu siapa kamu.

Seterusnya, sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti(yang bertepatan dengan syariat) bersama masyarakat sekeliling(eg: sukarelawan mempromosi isu Palestin) kerana anda lebih terdedah kepada melakukan maksiat apabila berseorangan dan mempunyai masa terluang yang tidak terisi. Biarlah anda ‘busy’ sekalipun kerana di dalam kesibukan itulah sebenarnya anda tidak akan mendapati masa untuk melakukan perkara yang sia-sia. Akhir sekali, banyakkanlah berdoa kepada Allah, minta supaya diberi kekuatan dan semangat untuk melawan dorongan hawa nafsu dan bisikan halus syaitan.

Semoga jawapan yang dikongsikan dapat menjawab kemusykilan yang terbuku di hati dan yang lebih penting adalah ia dapat membuahkan amal(tindakan) untuk melakukan perubahan.

Ingatlah, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka sekalipun dosa terlalu banyak. Janganlah anda berputus asa daripada keampunan Allah kerana perbuatan itu adalah lebih besar dosanya daripada segala dosa(Al-Zumar:53).

Wallahua’lam..

Yang Ikhlas,

-Sahabatmu-

.....................

salam pertemuan.....('',)


aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya dapat jua diberi kesempatan untuk menceritakan kembali pengalaman aku..aku harapkan pengalaman aku sebagai pelajar akan memberi manfaat untuk manusia sejagat..

walaupun aku bukan lah seorang pelajar yang terbaik, tetapi aku ada niat untuk menjadi seorang pelajar yang terbaik. sama2 la kita renungkan.....

entah,,apa yang terjadi dalam kehidupan aku sekarang banyak mengajar erti kehiduan yang perlu lalui sepanjang hidup kita. walaupun baru 20 tahun aku hidup,tp byk yang hendak aku kongsikan bersama rakan2 semua. insyallah kita ambil iktibar bersama.


Wallahua’lam..

Yang Ikhlas,

-Sahabatmu-




Friday, July 3, 2009

perjalanan abg sebagai mahasiswa

story~ku


abg tersayang da dapat masuk um,,bes2 ngat sbb ada gk y dpt msuk um lam family kte..hihi..cita2 nk masuk ukm xkesampaian xpe sal kan abg dpt msk um..lalala~


malam sblm daftar um,,wt mkn ramai2 ngn sedara2..hihi





masa dok tggu abg ngah daftar..hihi~



sepupu,,abe long ngah posing depan blok asrama abg dok..sempoi jer kan..lalala~


dalam lif nk nek ke blk..B303



sblom blk sempat ag bergambar ngn kluarga..kikiki~




umi ngn abah gmbr ngn anak sulung yer..hihi




sedih time ni,,nk tggl kan abg ctu..usaha abg selama ni nk msuk u tercapai..huhu..gud luck bro..
##semoga kejayaan abg,,kejayaan adik2+family gk..study rjin yer abg ku tersayang

ketika di tok bachok

story~ku



seronok tgk adik2 duk men air kt ctu..abg ye p mane ntah..huhu..takut men air la tu abg yer..hihi..=p





sepak kakak,,jd ronaldo pun xpe,,jgn jd cam abg ki..kui6




umi,,my Lovely UmI..hihi..;-)




pantai pasir yg cantik,,putih bersih bagai mutiara..kui6



termenung kat sape la tu cik abg ooii..igt sLiper tu ker..hihi..lawa sliper tu,,nk bli 2 ble x..kuangkuang~~

~~my story ku~~


time ni pegi jumpa adik kt smka tok bachok,,ye ade pertandingan nasyid..nk tunjuk ye nasyid xley la,,kui2..
xpe2,,kite tunjuk gmbr die ngah perfome jer la erk..ok x..:)

ni la adik ku,,alang..form5 sekarang..tp bz jer manjang..isk4,,blajo2 la etek..huhu

time alang perform..cayalah bro..haha

Monday, June 29, 2009

''''''''stop baca smenta'''''''

,,,,


Bahaya Lisan (Lidah)




Telah bersabda Rasulullah S.A.W Kepada Saidina Ali: "Hai Ali! Allah Ta'ala tidak menciptakan sesuatu pada tubuh manusia yang lebih utama daripada lisan. Ia dapat membuat orang masuk syurga dan dapat menyebabkannya masuk neraka. Kerana itu, jagalah lisanmu, sesungguhnya dia adalah bagaikan anjing gila."

KETERANGAN

Seorang cendekiawan berkata:

"Jasad manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: HATI,LIDAH dan anggota badan lainnya. Allah memuliakan masing-masing bahagian. Memuliakan hati adalah dengan makrifat dan tauhid, dan memuliakan lisan dengan kesaksian bahawa "Tiada Tuhan kecuali Allah" dan membaca Al-Quran, sedangkan kemuliaan anggota badan yang lain adalah dengan solat,puasa dan ibadah-ibadah lainnya.

Masing-masing bahagian itu ada pengawas dan pemeliharanya. Hati diawasi oleh Allah SWT sendiri, sehingga tidak ada yang mengetahui apa yang ada di dalamnya, kecuali Allah SWT. Pemeliharaan lisan diserahkan kepada Malaikat pencatat amal dimana Allah SWT berfirman dalam Surah Qaaf: Ayat 18 yang bermaksud: "TIADA SESUATU UCAPAN PUN YANG DIUCAPKANNYA, MELAINKAN ADA DIDEKATNYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SELALU HADIR". Sedangkan pemeliharaan anggota badan yang lain, diserahkan pada perintah dan larangan. Masing-masing itu harus jujur.


Kejujuran hati adalah tetap beriman, tidak dengki, tidak berkhianat dan tidak membuat tipu daya. Kejujuran lisan tidak menghina/mengumpat, tidak bohong dan tidak mengucapkan hal-hal yang tidak berguna. Sedangkan kejujuran anggota badan lainnya adalah tidak maksiat kepada Allah SWT dan tidak mengganggu sesama muslim.

Barang siapa hatinya tergelincir, maka ia munafik. Barangsiapa lisannya tergelincir, maka ia kafir. Dan barangsiapa anggota badannya tergelincir, maka ia orang yang durhaka.

Allah SWT menciptakan makhluk ini ada yang memilki lidah(lisan) yang dapat berbicara dan ada yang tidak memiliki lisan. Ikan itu makhluk yang tidak berlidah. Kononnya, Allah SWT ketika menciptakan Adam a.s, Dia memerintahkan kepada Malaikat agar bersujud kepada Adam. Maka sujud, kecuali iblis. Kemudian Allah mengeluarkan iblis dari syurga dan menurunkannya ke bumi, lalu ia datang ke laut. Makhluk yang pertama kali melihat iblis adalah ikan. Iblis lalu memberitahunya tentang penciptaan Adam a.s dan mengatakan, bahawa Adam itu selalu memburu dan menangkapi binatang-binatang di laut dan di darat. Ikan itu menyampaikan berita tentang Adam dan perbuatannya ini kepada seluruh binatang laut. Kerana perbuatan inilah, Allah SWT menghilangkan lidah ikan."

  • tgk la dulu....

Wednesday, June 24, 2009

story~ku

23/6

ke stadium sultan muhamad IX..
kelantan lwn pdrm
4;0


kemenangan y begitu bergaya dr team gOmO kelate gOmO..haha..
first half,,fahmi ngn indra sumbat gOl,,haha..
second half,,khalid jamlus sumbat 2 gOl dgn bergaya..haha..
bangga arr tu kholid,,kui4..=p


dibawah sinaran cahaya lampu stadium..haha..macam org smart la plok..kui4..


barisan yang menyumbat gOl kelate,, pahmi,, indra K ,,jerilid..
pengurus pasukan KELANTAN rilek jer tgk anak2 buah die menang..haha..=p